TV MOVIES

KORBAN KALA

This is a story about Azman, an IT Manager and husband to Fazlina. He has two children by the name of Faris and Suria.Faris loves to paint and dreamed of becoming an artist. They were a happy family until one day the police arrested him for murder of Marina Ali. Fazlina and her children were stunned by his arrest. After much interrogation by the police, Azman admitted that he was having an affair with Marina, but he was not the killer. Fazlina became frustrated by her husband's confession and asked for a divorce.

Lisa was assigned as Azman's lawyer while Inspector Bakhtiar (Lisa's ex-husband) was the Investigating Officer. Lisa started her investigation to prove that Azman was not guilty. From the facts gathered, it was proven that Azman was innocent. Lisa advised Fazlina to help Azman by appearing as one of his witnessess. She was able to convince the wife that Azman was a responsible father and husband. Finally Fazlina agreed to help. Later on, she found a T-shirt with bloodstains at her house pool.

A few days before the trial, Azman decided to admit to being guilty. Lisa was unsatisfied, as she knew that he was innocent. She then decided to search Marina's house. Lisa found a paintbrush in the house and at that point reliased that the actual killer was not Azman but his son Faris. Azman's decision of guilt was to protect his son.

Cast: Eizlan Yusof, Catriona Bahrin Ross, Nanu Baharuddin, Natasha, Ridzuan Hashim, Haeryanto Hassan, S. Sahlan, Wan Alias

  SEBERAT ZARAH

Telefilem ini adalah mengenai kehidupan 2 manusia yang mempunyai 2 kehidupan berbeza. Amir seorang peguam yang berjaya akan bertemu dengan Razif seorang penjenayah yang menjadi anak guamnya. Keduanya tanpa disedari akan saling membantu untuk berhijrah kepada kehidupan yang di redhai Allah. Cerita ini juga bertujuan untuk mengingatkan kita betapa besarnya erti hijrah di dalam kehidupan seorang Muslimin dan Muslimat dan bagaimana kita manusia tidak mampu menduga perancangan yang Allah telah sediakan bagi hambanya.

Casts: Eman Manan, Eizlan Yusof, Hani Kausar, Normah Damanhuri
Director: Zulkifli R’Shad

  SEANDAINYA ITU YANG KAU PINTA

Natalia berjaya dan berbangga dengan perniagaan hiasan dalaman. Namun dia bertanggujawab dalam menjaga adik tunggalnya Eliana semenjak ibunya meninggal dunia. Eliana masih belajar di sebuah kolej dan mempunyai kawan rapat Adam. Datin Sally mengingatkan Zafril tidak mempermainkan perasaan wanita. Natalia menegur sikap Zafril yang telah melanggar keretanya.

Faris Irshad menyimpan nostalgia pahit 20 tahun lalu, kini adalah Tan Sri Faris Irshad tokoh korporat ternama yang menjadi idola. Menyingkap rahsia silam perkahwinannya dengan ibu Natalia yang tidak pernah mendapat restua orang tuanya. Faris yang menyayangi Salina tekad untuk berkahwin walaupun apa rintangan yang dihadapinya. Keluarga Faris menyingkirkan dirinya sehinggalah satu ketika ibu Faris memintanya kembali kepangkuan keluarga dan mensyaratkan Faris mengahwini pilihan keluarganya. Salina tidak dapat menerima kenyataan dan melarikan diri bersama anak-anaknya. Tan Sri Faris mengupah pemandunya Karim menjejak Natalia dan Eliana.

Zafril seorang kaki perempuan yang sentiasa bertukar pasangan. Karim jumpa Adam untuk mencungkil rahsia. Zafril sedang mencari pereka hiasan dalaman untuk syarikatnya. Natalia terperanjat apabila mendapati syarikat Metaway Engineering milik Zafril. Zafril dan Natalia berbincang mengenai pengubah suaian hiasan dalaman syarikatnya.

Eliana terperanjat apabila Adam kenalkan Tan Sri Faris sebagai bapanya. Pada mulanya Eliana tak dapat terima kenyataan. Eliana tanya kakaknya adakah ayah mereka masih hidup.

Zafril menghantar banyak bunga untuk memikat Natalia. Tan Sri Faris cuba mengambil hati Eliana dengan memberinya wang RM20,000. Ayahnya mahu Eliana merhsiakan pertemuan mereka. Eliana mahu keluarga mereka bersatu kembali. Natalia terima pelawaan Zafril pergi makan demi urusan syarikatnya. Zafril berpuashati dengan hasil kerja Natalia. Zafril perkenalkan Natalia dengan ibunya. Datin Sally berkenan dengan Natalia.

Natalia terperanjat dengan kedatangan Zafril ke rumahnya. Natalia terpaksa keluar dengan Zafril. Natalia tak mahu terjadi seperti bapanya meninggalkan emaknya dalam keadaan menderita. Zafril lamar Natalia jadi isterinya. Dia sedia menunggu Natalia. Natalia terpaksa terima cincin pemberian Zafril.

Keakraban Eliana dengan bapanya sampai ke pengetahuan Natalia. Natalia mahu Eliana pulangkan duit RM20,000 pemberian ayahnya. Tan Sri Faris teringat dia terpaksa tinggalkan ibu Natalia kerana berkahwin dengan gadis pilihan keluarganya. Natalia kecewa kerana Eliana tidak mengenang jasanya yang telah membesarkannya. Eliana ambil keputusan tinggal bersama bapanya.

Lisa jumpa Natalia pasal bekas teman lelakinya Zafril. Walaupun dah putus mereka masih berhubungan. Natalia kecewa dan pulangkan cincin pada Zafril. Zafril mengaku sikapnya buruknya sebelum menemui Natalia. Natalia ambil semula cincin Zafril.

Natalia menyatakan bahawa hubungannya dengan Zafril adalah satu kesilapan besar dan kenyataan tersebut benar-benar mengecewakan hati Zafril.

Tan Sri Faris di masukkan ke hospital kerana serangan jantung. Tan Sri Faris ceritakan pada Eliana perkahwinan keduanya tiada zuriat dan perkahwinannya gagal. Dia berharap suatu hari nanti Natalia akan memaafkannya. Datin Sally melawat Tan Sri Faris di hopsital kerana dia adalah kawan baik arwah suaminya. Datin Sally tahu cerita yang sebenarnya.

Natalia tidak suka Zafril masuk campur urusan keluarganya. Zafril mahu Natalia jumpa ayahnya yang sedang sakit. Natalia sudah lama maafkan ayahnya, tapi parut luka di hatinya tetap berdarah. Tan Sri Faris gembira Natalia telah memaafkannya. Zafril gembira kerana Natalia sudi menerima cintanya.

Cast: Rita Rudaini, Arasah Mohd, Nasriah Ngasri, Azizah Mahzan, Danny X Factor, Riezman Khuzaimi, Ghazali Abu Noh

  DI SAAT KAU UCAPKAN

Di saat kau ucapkan adalah cerita cinta antara Hambali dan Rita yang terhalang kerana ibu Rita ingin mengahwinkan Rita dengan Johari. Segalanya bermula selepas Hambali dihina oleh Datin Suriani, yang Hambali tidak layak untuk berkahwin dengan anaknya kerana dia tidak setaraf dengan Rita. Selepas kejadian itu, Hambali mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Rita. Tetapi Hambali tidak memberitahu apa yang terjadi antara dia dan Datin Suriani kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Setelah putusnya hubungan mereka, Rita dipaksa oleh ibunya untuk berkahwin dengan Johari. Tetapi Rita tidak membantah malah hanya berdiam diri sahaja mengenangkan Hambali. Pada hari perkahwinannya Rita melarikan diri sehingga menyebabkan Datin Suriani terkejut dan jatuh sakit, lalu meninggal dunia di pangkuan Johari. Sebelum itu, Dati Suriani meminta Johari mencari Rita dan berkahwin dengannya. Johari bersetuju.

Pada hari tersebut dengan rasa bersalah Rita menelefon rumah, lalu Johari yang menjawab panggilannya. Rita hanya berdiam diri, tetapi Johari tahu Rita yang menelefon. Johari memberitahu yang Datin Suriani telah meninggal dunia.

Rita pulang ke rumah dengan rasa menyesal dan memeluk mayat ibunya sambil memohon maaf. Dia menyesal atas perbuatannya. Untuk memenuhi amanat ibunya, malam itu juga perkahwinan dilangsungkan kerana Rita akur dengan wasiat ibunya.

Semasa menjadi isteri Johari, Rita di layan tidak ubah seperti orang gajinya. Rita disuruh berhenti kerja, telefon rumah Rita dipotong dan sim card handphone Rita juga diambil. Setiap kali johari ke pejabat, Rita akan dikurung. Jika makanan tidak sedap, makanan akan dilemparkan ke mukanya. Setiap kali di bilik tidur, Rita akan diseksa dan disuruh tidur di atas lantai tanpa selimut dan tilam. Setiap kali Rita menyerang kesakitan, Johari akan mengingatkan Rita yang balasan yang diterimanya akibat melawan cakap ibunya. Rita akur akan penyeksaan tersebut kerana rasa bersalah terhadap ibunya.

Apabila Rita mengandung, Johari tetap melayan Rita dengan penuh kejam. Johari juga menyuruh Rita menandatangani pemindahan milik tanah dan harta emak Rita ke namanya. Apabila Rita keguguran akibat jatuh semasa hendak menukar lampu di dalam bilik air, Rita dituduh oleh Johari menjadi pembunuh anaknya pulak. Rita menjdai gila atas tuduhan tersebut dan keluar dari rumah dan menjadi orang gila yang terbiar. Sehinggalah ditemui oleh seorang lelaki yang melihat Rita sedang bercakap dengan handphone seorang diri dan menangis. Rita akhirnya dihantar ke rumah orang gila.

Hambali yang bertugas di Hospital Bahagia tersebut terkejut dengan keadaan Rita. Rita yang mengecam muka Hambali lau menyalahkan Hambali kerana Hambali penyebab ibunya dan anaknya mati. Hambali rasa bersalah di atas apa yang dilakukannya dahulu. Hambali ingin menerangkan segala-galanya mengapa dia meniggalkan Rita dahulu. Hambali ingin mengambil Rita sebagai isterinya walaupun dalam keadaan sedemikian tetapi Rita menjauhkan dirinya daripada Hambali.

Casts: Umie Aida, Isma Danial, Arash Mohd, Rosnah Johari Director: Haris Abd.Kadir

  KISAH ZAZALINA

Zaza dan Sani telah berkahwin selama lima tahun tapi masih belum dikurniakan anak. Zaza selalu tertekan apabila ibu mertuanya menyuruh suaminya berkahwin lagi hanya semata-mata untuk mendapatkan zuriat. Sani terpaksa keluar negara selama setahun untuk menguruskan perniagaan. Zaza adalah merupakan satu-satunya waris tunggal Datuk Zamani. Nak dijadikan cerita Zaza hampir-hampir terlanggar Zana yang ketika itu baru mengandung lari dari kekasihnya Shahul. Zana hampir mengugurkan kandungannya. Zana mahu menyerahkan anak yang dikandungnya itu kepada Zaza. Zaza tahu suaminya tentu tidak setuju dia mengambil anak angkat. Maka Zana mencadangkan supaya Zaza menipu Sani kononnya dia juga mengandung.

Zaza agak berat hati mahu menerima idea Zana tetapi akhirnya bersetuju. Sani akan pulang sebulan sekali melihat Zaza yang sedang mengandung. Dan sebagaimana dirancang akhirnya Zana melahirkan anaknya. Konflik bermula apabila suatu hari Zaza menerima tetamu seperti yang pernah ditemuinya, Shahul. Shahul mengugut mahu membocorkan rahsia Zaza itu kepada Sani. Untuk itu Shahul memeras Zaza. Maka Zana mencadangkan supaya Shahul dibunuh dan mayatnya dicampakkan di sebuah gaung. Semenjak kematian Shahul, Zaza sering dihantui mimpi-mimpi yang menakutkan. Zaza terpaksa menceritakan hal yang sebenarnya kepada suaminya. Zaza rasa bersalah kerana menerima idea Zana dahulu. Sani mula mengesyaki Zaza tidak siuman. Sehingga ke satu peringkat Sani terpaksa meminta bantuan pakar sakit jiwa. Dan Zaza disahkan sakit jiwa. Zaza melarikan diri sewaktu dalam rawatan. Zaza telah ternampak Zana dan mengekorinya ke rumah. Zaza dapati Zana dan Shahul ada bersama. Dia mula keliru dan mengesyaki ada pakatan yang cuba dilakukan oleh Zana dan Shahul. Zazayakin dia tidak gila. Tapi masalahnya bagaimana untuk membuktikan dirinya tidak gila.

Cast : Hani Mohsin , Rita Rudaini , Zila Bakarin, Shahrul Nizam , Hisham Ahmad Tajuddin

 
PAGAR KAYU ROBOH

Rahmat dan Yati serta Yatim dan Markonah tinggal berjiran di sebuah kampung. Kerana sejarah silam, mereka hidup bermusuhan. Rahmat dan Markonah merupakan pasangan kekasih, begitu juga Yatim dan Yati. Namun kerana mengikut kata orang tua, mereka berkahwin. Sejak itu mereka berdendam, dengki berdengki dan mereka membina pagar kayu memisahkan halaman mereka.

Ini berbeza dengan Azmy dan Rita, anak Rahmat dan Yatim yang masih bersekolah rendah. Kedua-dua mereka begitu akrab dan hairan melihat sikap ibu dana bapa mereka yang sering bergaduh dan menunjuk-nunjuk apabila membeli barang. Rita dan Azmy bosan dengan sikap kedua ibu bapa mereka yang kebudak-budakan itu.

Sikap dengki mendengki mereka telah mengundang pelbagai peristiwa lucu. Rahmat dan Yatim sering menunjuk kehandalan mereka berlumba motosikal semasa berselisih jalan dan akhirnya terbabas ketika mengelak seekor lembu. Mereka juga sering menyindir semasa sendiri ketika minum di warung yang akhirnya terpaksa dileraikan tok ketua dan penduduk kampung setelah hampir bertumbuk.

Yati dan Markonah yang bermulut celupar pula sering menyakiti hati masing-masing dengan kata-kata laser yang menusuk kalbu dan sengaja mempamerkan kesenangan masing-masing seperti memakai gelang dan rantai emas yang berselirat di tangan dan leher untuk menyakitkan hati sesama mereka.

Keadaan tersebut berlarutan untuk beberapa ketika dan menjadi semakin parah. Rahmat, Yatim, Yati dan Markonah semakin ligat mendengki dan menyakiti hati sesama sendiri. Azmy dan Rita cuba menjadi orang tengah mendamaikan hubungan keluarga mereka tetapi tidak berhasil.

Azmy dan Rita mendapat idea sewaktu pulang dari sekolah mereka menalipon Markonah dan memberitahu mereka diculik tetapi mereka kemudiannya benar-benar diculik dua penagih dadah yang kebetulan mendengar perbualan mereka. Markonah kelam kabut apabila mendapat benar-benar Azmy dan Rita diculik. Mereka saling salah menyalahkan atas apa yang berlaku.

Dengan pertolongan tok ketua dan orang kampung, penagih dadah berjaya ditangkap. Azmy dan Rita diselamatkan. Keluarga Rahmat dan Yatim berbaik semula. Dengan disaksikan tok ketua, Rahmat dan Yatim serta isteri masing masing merobohkan pagar kayu yang memisahkan halaman rumah mereka sebagai simbolik jernihnya semula hubungan mereka.

Casts: Sheila Rusly, Sallih Yaccob, Liza Abdullah, Fathil Dani, Hisham Ahmad Tajuddin, Maimun Talib, Elisya Murni Johari, Mikhail Merican

  MAMA ROCK

‘Mama Rock’ sebuah drama yang mengisahkan seorang wanita yang berusia pertengahan 20-an Eton namanya yang bekerja sebagai mekanik kereta di siang hari dan pada waktu malam bermainmuzik rock bersama kumpulan ‘Poise’ di sebuah kelab kecil. Kehidupan Eton sememangnya cukup simple, cool and blues.

Dia sendiri tidak pernah memikirkan sama ada dia perlu berkahwin ataupun tidak (walaupun Abang Tapa, tuan punya mekanik, seorang duda yang kematian isteri dan tidak mempunyai anal dalam diam menaruh hati padanya). Malah dia juga tidak suka memegang tanggungjawab.

Sehinggalah salah seorang wakil syarikat rekod telah menawarkan tawaran merakamkan album untuk kumpulan bluesnya ‘Poise’. Berita ini amat menggembirakan Eton. Malang sekali kegembiraan itu tidak lama apabila Eton dikejutkan dengan kematian kakaknya Sabariah dalam sebuah kemalangan. Akhirnya, Eton dengan terpaksa menjaga kelima-lima orang anak saudaranya. Eton sebenarnya tidak mahu mereka, tambahan pula Eton bukanlah seorang wanita yang suka akan budak-budak.

Lagipun tawaran syarikart rekod itu membuatkan Eton merasakan anak-anak saudaranya itu bakal menghalang cita-citanya. Akan tetapi dengan tiba-tiba Eton digugurkan sari kumpulan ‘Poise’ atas alasan wajahnya kurang menarik. Ini membuatkan Eton marah dan berazam untuk merakamkan album walaupun terpaksa menggunakan duit sendiri. Eton sedar dengan harta yang ditinggalkan oleh arwah kakaknya sudah tentu cita-citanya mahu merakamkan album menjadi kenyataan.

Maka di situlah bermula kehidupan baru bagi Eton. Eton kini menjadi ibu segera. Cabaran pertama Eton ialah bagaimana mahu menyesuaikan kehidupannya ‘rock’nya itu dengan kehidupan anak-anak saudaranya itu. Maka disinilah konflik bermula.

Cast: Rita Rudaini, Juhara Ayob, Bienda, Redzuan Hashim, Haeryanto Hassan dan Ayul
Director: Raja Ahmad

  WAHAI KAU CINTA

Ariff minat pada Alin dan cuba memikatnya. Tapi Ariff malu hendak meluahkan isi hatinya pada Alin. Alin juga menyimpan perasaan pada Ariff. Oche garang dan suka pada Ariff dan selalu jadi pelindung Alin. Mus rakan serumah Ariff desaknya supaya berani meluahkan perasaan. Ariff selalu takut nak luahkan isi hatinya pada Alin. Ariff nekad meluahkan isi hatinya melalui sms. Tapi perkara yang sebaliknya berlaku. Ariff tersalah hantar sms iaitu pada Oche kawan baik Alin. Mus nasihatkan Ariff banyak bersabar. Ariff juga hairan kenapa Oche terlalu baik dengannya. Oche mula perasan pada Ariff. Dari situ Oche mula melayan Ariff seperti kekasihnya. Ariff hairan sebab Alin tidak berikan perhatian pada sms yang dihantarnya, sebaliknya Oche pula melayan Ariff dengan penuh romantik dan mengada-ngada.Alin pula tidak tahu menahu mengenai sms itu. Alin juga hairan kerana Oche menunjukkan sikapnya yang terlalu romantik pada Ariff. Alin mendiamkan diri dan memberi laluan pada Oche berdamping dengan Ariff. Ariff dan Putra bergaduh kerana Putra menganggap Ariff mencintai Oche. Putra sudah tersalah anggap.

Dalam masa yang sama, Putra jatuh cinta pada Oche. Putra yang lurus bendul mencurahkan isi hatinya pada Oche. Oche serba salah. Oche juga ada menyimpan perasaan pada Putra. Tetapi kerana mementingkan paras rupa, Oche tidak melayan Putra kerana Ariff jauh lebih kacak dan segak daripada Putra.Mus nasihatkan Arif jangan boros dan berjimat cermat. Dari situ berlaku konflik yang melucukan antara mereka. Ariff berterusan mengejar cinta Alin. Oche pula terus bersikap romantik pada Ariff menyebabkan Ariff serba salah manakala Putra yang lurus bendul pula berterusan mendesak Oche menerima cintanya.Oche marah pada Alin dan menuduhnya cuba merampas Ariff darinya. Suatu hari Ariff berjaya mendekati Alin tanpa gangguan Oche. Ariff memberanikan diri meluahkan rasa hatinya.

Ariff meminta penjelasan Alin mengenai sms yang diberikannya. Pertengkaran kecil berlaku. Maka terbongkarlah rahsia yang Ariff telah tersalah menghantar sms. Barulah Ariff faham kenapa Oche begitu romantik padanya sedangkan sebelum ini Oche terkenal dengan sifat garangnya ibarat singa kelaparan.Salah faham tersebut akhirnya berjaya dibetulkan apabila Ariff menceritakan keadaan sebenar pada Oche. Oche kemudiannya mengalah dan bertindak menyatukan semula Ariff dan Alin.Ariff dan Alin gembira kerana cinta mereka bersatu manakala hati Oche yang terluka terubat apabila Putra datang dan terus melamar Oche dengan melutut sambil memegang sekuntum bunga ros. Oche akhirnya menerima lamaran Putra dengan muka yang merah padam kerana tindakan Putra melamarnya didepan orang ramai.

Casts: Mohd Piere Andre, Hasnul Rahmat, Nur Fazura, Ngasrizal Ngasri, Sharifah Sofea, Haliza Misbu

 
AMIRAH ZULFA

Amirah Zulfa membawa kisah pengorbanan seorang anak sulong terhadap ibubapa dan adik-adiknya. Kita sering mendengar kisah pengorbanan ibubapa terhadap anak-anak. Kali ini Amirah Zulfa cuba memaparkan kisah sebaliknya. Lebih istimewa lagi drama ini memaparkan sikap bertanggungjawab terhadap keluarga yang digalas oleh seorang anak perempuan.

Pengorbanan yang agak melampau mengakibatkan Amirah menghadapi masalh kewangan yang berpanjangan dan sentiasa mengikat perut demi memastikan keluarga di kampung mendapat apa yang mereka inginkan.

Desakan ibubapa dan adik-adik sentiasa meminta wang menjadikan Amirah Zulfa seorang yang workaholic. Fikiran dan perhatian Amirah sentiasa dikuasai oleh masalah keluarga sehingga dia tiada masa untuk bercinta. Setiap lelaki yang berkawan dengannya mudah merasa bosan dan menganggap Amirah Zulfa seorang yang selfish. Amirah terpaksa melepaskan lelaki yang disayangi demi memberi sepenuh masa dan perhatian kepada ibubapa dan adik-adiknya.

Casts: Zizie Ezzette, Aqasha, Maizurah Hamzah, Hisham Ahmad Tajuddin, Fadilah Mansor
Director: Emi Suffian

 
JANJI ASMARA

Hakim seorang guru sekolah rendah yang berumur 35 tahun yang masih bujang. Hakim merupakan anak tunggal dan tinggal bersama ibunya Aunty Sham yang janda tetapi memiliki salun kecantikan di Kuala Lumpur. Mereka sangat rapat cuma semenjak akhir-akhir ini Hakim mula rimas dengan leteran Auntie Sham yang mahukan menantu. Masalahnya Hakim seorang yang pemalu dan tidak suka bersosial. Teman rapatnya adalah kerja sekolah dan kucingnya Bobo. Kesemua wanita yang diperkenalkan pada Hakim oleh Aunty Sham dan Nek Jah (neneknya) semua di tolak atau tidak jadi dengan Hakim kerana kononnya tiada ciri-ciri kewanitaan yang ada seperti ibunya.
Di salon memang hadir pelbagai jenis wanita hinggakan Hakim di paksa datang ke salon untuk memilih kalau ada calon-calon yang berkenan di hati tetapi semua tidak di sukai Hakim. Hinggalah suatu hari Aunty Sham dengan beraninya mempelawa Mona iaitu pelanggan tetapnya yang baik dan ramah tetapi seksi, cantik, glamour dan berkeyakinan untuk diperkenalkan kepada Hakim. Tanpa diduga dari hari ke hari mereka terus berjumpa. Hakim yang dalam diam cuba-cuba untuk menjadi cool dan trendy kerana menyedari akan kekurangan diri jika dibandingkan dengan Mona yang cantik dan bergaya. Pelbagai insiden mencuit hati dalam transformasi itu. Mona sudah jatuh cinta pada Hakim yang naïve dan innocent tanpa disedarinya begitu juga Hakim yang mula menukar penampilan dan merindu pada Mona.
Cast: Zul Yahya, Aida Aris, Hamidah Wahab, Ebby Yus
Director: Zek Zukry
  CINTA BERTAUT KASIH

Mengisahkan Arina (Aida Aris) seorang wanita yang berusia 30an yang banyak berkorban untuk kebahagiaan orang-orang yang disayanginya. Setelah kematian kedua ibubapanya, Arina mengorbankan kehidupannya membesarkan 2 orang adiknya iaitu Amir dan Amira (Azah Elite). Kini Amira tamat pangajiannya dalam bidang komputer dan akan berkahwin dengan Malik (Heryanto) seorang korporat muda yanga berjaya. Manakala Amir pula masih belajar di Universiti tempatan.

Arina berpuas hati dengan kejayaan adik-adiknya dan ingin menumpukan perhatian pada perniagaan kilang makanannya. Namun sebagai wanita Arina kesunyian apabila pulang ke rumah setiap malam setelah adik-adiknya sibuk dengan hal masing-masing. Malahan Amira yang kini sedang sarat mengandung. Amira ingin melahirkan anak di Pulau Pinang bersama kakaknya Arina. Pada mulanya Malk tidak bersetuju tetapi melihatkan isterinya berhajat sangat Malik telah meminta Arina menguruskan perihal menyambut orang baru.Dalam pada itu juga, bekas kekasih Arina iaitu Jamil (Azhar Sulaiman) pulang ke Pulau Pinang setelah cintanya ditolak oleh Arina.

Jamil telah ditugaskan bekerja di kilang Arina. Rindu mereka bertaut kembali, setelah Jamil tidak bahagia bersama isterinya yang mengejar kemewahan dan meninggalkan Jamil. Tanpa pengetahuan sesiapa Arina dan Jamil bernikah secara senyap kerana Jamil takut sekiranya menunggu semakin lama, cinta mereka akan terputus sekali lagi. Dalam mengecapi saat bahagia, Arina terpaksa memakbulkan permintaan adiknya Amira yang kian sarat. Ketika itu juga Amira menghadapi masalah untuk melahirkan anak kerana tiba-tiba Amira mengalami kesukaran untuk bernafas. Akhirnya, bayi tersebut dapat diselamatkan tetapi malangnya Amira meninggal dunia.

Kini tanggungjawab Arina kembali berat apabila melihatkan anak saudaranya lahir tanpa sempat merasakan kasih sayang seorang ibu. Malik pula menjadi murung sejak kematian Amira dan tidak memperdulikan anaknya. Hari demi hari Arina memberikan sepenuh perhatian terhadap Amirul dan semakin lupa tanggugjawabnya sebagai seorang isteri. Jamil mahu Arina berterus-terang dengan Malik akan statusnya tetapi Arina enggan kerana masanya belum sesuai. Malik telah jatuh hati dengan Arina sehingga memberanikan diri melamar Arina. Apabila mengetahui Arina telah berkahwin dengan Jamil, ternyata Malik tidak dapat menerima kenyataan.

Malik kembali ke sikap lamanya dan ini membuatkan Arina menyalahkan dirinya. Sejak itu Arina bersikap dingin dengan Jamil. Jamil kecewa dan sanggup melepaskan Arina sekiranya tiada lagi cinta yang bertauty di antara mereka. Arina bertambah runsing di atas simpati terhadap Malik dan cintanya terhadap Jamil. Tanpa disedari Arina menghadapi tekanan dan jatuh pengsan. Doktor mengesahkan Arina menghadpi barah otak yang serious. Arina menjadi koma dan Malik menyesal akan perbuatannya terhadap Arina. Hidup Malik mula berubah dan kini beliau lebih bertanggungjawab terhadap anaknya Amirul.Manakala Jamil pula merasa menyesal kerana bersikap prasangka terhadap wanita yang mencintainya seumur hidup. Dalam keadaan koma, Arina terus terlantar dan Jamil setia menanti silih berganti tanpa jemu.

Casts: Aida Aris, Azah Elite, Azhar Sulaiman, Heryanto

 
SAYANG-SAYANG BUAH KEPAYANG

Akma berkahwin dengan Ikmil seorang peguam. Akma yang mempunyai butik terlalu mementingkan kecantikan dan penampilan dirinya. Akma tertawakan Maziah yang gemok apabila datang mencari baju di butiknya. Ikmil baru sahaja memenangi kes perceraian Borhan dengan Maziah. Ikmil mengingatkan Borhan tentang nafkah anak-anaknya. Akma masih tidak mahu mempunyai anak kerana takut menjadi gemuk.

Maziah janda anak 3 baru sahaja berpindah bersebelahan rumah Ikmil. Ikmil yang suka budak-budak jemput mereka datang ke rumahnya. Aina yang sulong amat rapat dengan Ikmil. Ikmil berkenalan dengan Maziah. Akma terkejut jirannya seorang janda anak 3. Ikmil yang jadi peguam Borhan minta maaf pada Maziah kerana merobohkan rumahtangganya. Maziah reda dengan Qada dan Qadar Tuhan. Akma tidak suka Ikmil rapat dengan Maziah.

Ikmil berikan no talipon Maziah pada Akma jika perlukan bantuan. Akma beritahu Suzy jirannya adalah perempuan gemok yang pernah datang ke butik tempohari. Dia tak jadi serang Maziah, tapi terus berkenalan dengannya. Aina suka dengan penampilan Akma yang cantik. Aina mahu ibunya cantik seperti Akma. Maziah tersentuh bila Aina tanya adakah ayahnya tinggalkan mereka sebab ibunya gemuk.Maziah kurang setuju Ikmil sering membelikan anak-anaknya hadiah. Maziah minta tolong Ikmil jaga anak-anaknya kerana dia ada urusan di luar. Maziah kecewa bila bekas suaminya masih tidak memasukan duit untuk anak-anaknya. Maziah masak gulai lemak cili api untuk Ikmil. Akma sindir masakan Maziah itu mengemukkan badan. Maziah kecewa dengan kata-kata Akma itu. Balik rumah dia terus makan ubat untuk menguruskan badan.

Akma marah dengan Ikmil kerana terlalu rapat dengan anak-anak Maziah. Maziah pengsan dan dimasukkan ke hospital kerana menelan pil menguruskan badan. Akma terpaksa menjaga Maziah di hospital. Aina minta kebenaran Ikmil berdoa supaya boleh jadi ayahnya. Suzy ingatkan Akma jangan biarkan Ikmil terlalu rapat dengan anak-anak Maziah. Dia syorkan Akma pura-pura sakit. Ikmil nasihatkan Akma jangan terlalu diet. Akma minta bantuan Suzy kerana kepalanya tiba-tiba sakit. Borhan tak suka Ikmil hantar surat saman nafkah anak-anaknya. Borhan terkedu bila Ikmil beritahu Maziah sedang sakit. Hati Akma tersentuh apabila Aina yang sedang tidur memanggil-manggil ibunya dan memberitahu dia sayang pada ibunya. Aina tidak suka ayahnya mengata ibunya. Maziah mahu pindah ke kampungnya selepas Suzy datang berjumpa dengannya. Ikmil terkejut dan tidak mahu berpisah dengan anak-anak Maziah Dia teringat semasa Borhan mahu menceraikannya semata-mata mahu berkahwin dengan perempuan lain. Akma hampir pengsan apabila dapat tahu butiknya telah dikhianati oleh Suzy. Ikmil gembira kerana Akma disahkan mengandung. Maziah memilih lelaki lain untuk menjadi suaminya. Akma yang sarat mengandung berjaya membangunkan semula butiknya.

Cast / Pelakon: Ako Mustapha, Lisdawati, Aliza – Enot, Sharifah Shahora, Den Wahab, Elysa Murni