ROCK!

ROCK mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda dalam sebuah band rock yang pernah memasang impian untuk jadi terkenal pada dekad 80-an. Watak utamanya ialah Zubir, atau lebih diminta dikenali sebagai Zack - guitarist (Hasnul Rahmat), Jijo – bass (Khir Rahman), Black – drummer (Azmi Bahrom), Amy - vocalist kadang2 main tamborine (Que Haidar) dan Zul Kapan – vocalists 2 (Sofi Jikan), mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita mereka iaitu mereka percaya akan berjaya menjadi kumpulan rock (Rimba Bara) yang mantap dan berwawasan. Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung lagi apabila mengetahui bahawa acara Battle of The Bands akan diadakan ditempat mereka.

Untuk menyertai acara Battle Of The Bands itu mereka terpaksa mengharungi peringkat saringan yang menyaksikan beberapa kehadiran band-band yang lebih mahir dan matang. Di tambah pula dengan kehadiran Zul Kapan And The Malaikat Maut, membuatkan mereka gusar dan harus berlatih dengan lebih keras. Dari segi penampilan pula, mereka terpaksa mencari punca untuk mempamerkan diri mereka sebagai rockers yang sebenar-benarnya. Seluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph merupakan gear yang begitu sangat dititikberatkan. Memandangkan sumber kewangan yang serba tidak mencukupi, mereka terpaksa menggunakan akal untuk mendapatkan semuanya itu termasuklah menggunting kain seat bas untuk mendapatkan bekalan PVC yang mencukupi.

Sementara itu juga Zack mengalami dilemma dimana ayahnya mengkehendakinya menghadiri temuduga untuk bekerja di pejabat pos memandangkan sudah begitu lama Zack menganggur.

Walaupun ilmu kurang tetapi semangat membara. Perjuangan tetap diteruskan jua dan acara saringan peringkat daerah diadakan. Kesemua band yang bertanding menunjukkan mutu permainan yang bagus. Begitu juga dengan kumpulan Malaikat Maut! Apabila giliran Rimba Bara tiba, penonton dikejutkan dengan persembahan melakukan gitar solo sehingga berasap-asap dan speaker column dikiri kanan pentas telah meletup! Rimba Bara berjaya menjadi juara peringkat daerah!

Saringan peringkat negeri tiba! Begitu ramai band rock yang muncul untuk merebut gelaran juara bagi melayakkan diri ke Battle Of The Bands dan membuat album. Segala band dari pelusuk daerah muncul. Keadaan gamat dengan suasana rock ditambah pula dengan kehadiran Ramli Sarip, Amy Search, Man Kidal dan Ali Bakar sebagai para hakim pertandingan itu.

Kumpulan demi kumpulan membuat persembahan. Ada yang berguling dan ada yang melompat macam cipan demi membuktikan mereka adalah kumpulan rock yang terbaik. Ada juga yang telah patah tangan dan dikejarkan ke hospital kerana tangan terpukul besi drum.

Sama-sama kita saksikan apa keputusan Zack dan kemana arah Rimba Bara, The Malaikat Maut, The Headstone dan sebagainya.

Pelakon:

Hasnol Rahmat – Zack
Siti Elizad – Kathy
Que Haidar – Amy
Sofi Jikan – Zul Kapan
Nabila Huda – Nurfarazana
Kamarol Yusuf – Man MC
Norazmi Bahron – Black
Khair Rahman – Jijo
Julie Dahlan – Emak Kathy
Farah Man Kidal – Foxy Ladies 2
Hani Hermi – Foxy Ladies 3
Nadia Mustafar – Foxy Ladies 4
Jaafar Onn – Pak Syed
Rosminah Sidek (Mak Mah) – Orang Gaji

Tarikh Tayangan:
8 Disember, 2005

Klik disini untuk menonton treler dari ROCK:
Treler 1 | Treler 2

Babak dari filem ROCK