|
|
Long Khong 2
(Art of the Devil)
Pengarah - Pasit Buranachan
Barisan Pelakon - Napakpapah Nakprasit,
Sarjan Dit , Suppakorn Kitsuwan ,
Tah , Namo Tonggumnerd ,
Pen , Caroline Supalak Neemayothin ,
Duen , Paweena Sharifsakul,
Prawet, Sommart Praihirun ,
Porn, Teerayuth Prachyabamrung.
Release Date - Mei 29, 2008
Panor (Napakpapah Nakprasit), seorang guru di pedalaman yang menggoda, mengimpikan kehidupan normal dan aman seperti orang lain di kampungnya. Namun, kecantikannya menjadi sumpahan terbesar kerana Panor menjadi kegilaan ramai pemuda. Guru-guru dan pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya berusaha memikatnya menggunakan pelbagai ilmu hitam dan ubat pengasih bagi meraih perhatiannya. Bagi menghindari ancaman mereka yang tidak berkesudahan, Panor terpaksa membunuh Porn, seorang pawang tidak bermoral, yang kemudian membolehkannya memiliki Syaitan Tiga-Mata yang sangat berkuasa. Itu menyebabkan Sarjan Dit (Suppakorn Kitsuwan), rakan pawang tersebut yang juga seorang lelaki yang taksub dengan ilmu voodoo, muncul di dalam hidup Panor dengan hasrat untuk merampas Syaitan Tiga-Mata darinya. |